Friday, March 4, 2011

MAULIDURRASUL 2011 PERINGKAT SMK TAMAN MALURI

     Pada setiap tahun, SMK Taman Maluri akan menyambut Maulidurrasul. Pada tahun ini, tidak ada banyak masa yang diperuntukkan untuk membuat persiapan sempena Maulidurrasul di sekolah. Walaubagaimanapun, saya rasa cukup kagum dan terharu dengan usaha yang telah ditunjukkan oleh guru-guru dan pelajar yang telah berjaya untuk menjayakan program ini dengan sungguh baik. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Panitia Agama Islam kerana dapat merangka gerak kerja dalam masa yang singkat untuk memastikan program berjalan lancar. Antara yang bekerja keras adalah Ustaz Hafiz, Ustaz Adlan, Ustazah Nabihah dan ramai lagi yang guru-guru yang membantu. Hanya ungkapan syabas sahaja yang mampu diucapkan kepada mereka. Sebagai penghargaan kepada pelajar dan guru, saya telah menyiapkan video pendek sambutan Maulidurrasul 2011. Walaupun ia tidak seberapa, hanya inilah bantuan yang dapat diberikan dalam menjayakan program-program keagamaan di sekolah. Adalah diharapkan agar program-program seumpama ini dapat memberi manafaat kepada warga SMK Taman Maluri. InsyaAllah....


 

Wednesday, March 2, 2011

Suasana ketika ujian intervensi 1

Ujian Intervensi 1
     Tahniah diucapkan kepada pelajar SMK Taman Maluri atas kejayaan anda dalam ujian intervensi yang pertama ini. Kepada pelajar yang gagal, adalah diharapkan  supaya meneruskan usaha anda. Kegagalan bukan bererti tidak berjaya. Ramai tokoh-tokoh yang gagal sebelum mereka berjaya. Contohnya, kita tidak didedahkan dengan kegagalan demi kegagalan oleh para saintis yang tersohor seperti Albert Ainstein. Kita hanya dimaklumkan dengan kejayaannya sahaja.
     Saya masih ingat dengan kata-kata dari seorang bekas peninju negara yang bernama Sapok Biki yang berasal dari Sarawak. Beliau telah memenangi pingat emas di sukan Komanwel pada tahun 1998.
"Agi Hidup Agi Ngelaban, Selagi Hidup Selagi berjuang".
http://ligakampung.com/blog/siapa-sapok-biki/
      Bagaimana pula dengan tokoh-tokoh Islam? Adakah mereka seringkali berjaya dengan dakwah mereka? Bagaimana dengan perjuangan yang telah dihadapi oleh nabi kita Muhammad? Bagaimana Rasulullah menghadapi kaum penentang yang sangat kejam?
     Teruskanlah perjuangan anda, jangan berputus asa dengan kegagalan yang tidak seberapa ini. Kegagalan memberikan kita semangat untuk terus berusaha. Ibarat seekor kucing yang gagal menangkap haiwan buruannya. Kucing akan terus berusaha untuk mendapatkan makanan...