Wednesday, March 21, 2012

Keputusan SPM 2011

 Saat yang dinantikan telah pun tiba. Hari kepupusan peperiksaan SPM 2011 adalah pada 21 Mac 2012.
Sudah pasti, pelajar SPM 2011 tidak sabar untuk melihat keputusan SPM masing-masing.
Tahniah kepada yang berjaya. Teruskan usaha cemerlang anda dalam akedemik hingga dapat mencapai cita-cita yang anda impikan. 

Kepada yang masih belum berjaya, anda masih ada masa. Berjaya dalam hidup tidak semestinya dinilai berdasarkan SPM sahaja. Anda mempunyai potensi yang tersendiri, carilah kebolehan yang telah dikurniakan kepada anda dan maksimumkan kebolehan itu untuk kejayaan anda di masa hadapan...

Kami, guru-guru sentiasa mendoakan anda semua semoga berjaya dalam semua bidang yang anda ingin ceburi.
Kami tidak meminta sebarang balasan, cukuplah dengan sepotong doa untuk kesejahteraan kami di dunia dan di akhirat.