Thursday, November 3, 2011

Contoh Resume

Berikut adalah beberapa contoh resume yang boleh dimuat turun:

Resume 1
Resume 2

Sila:
1) Emelkan kepada smk.tamanmaluri@gmail.com
2) Hantar Hardcopy kepada Cik Norhaniza

Format resume adalah terpulang kepada anda sendiri. Tidak semestinya mengikut 100% contoh di atas.

Wednesday, November 2, 2011

Puan Fatimah Yaacob

Tahniah kepada mantan PK Kurikulum dan Tadbir Puan Fatimah Bt Yaacob
yang telah naik pangkat menjadi Pengetua SMK Dato Onn mulai 1 Nov 2011.
Kami warga sekolah SMK Taman Maluri akan merasai kehilangan kemesraanmu........
Namun kami turut gembira dengan kejayaan puan muncul sebagai seorang pengetua
pada akhir kerjaya seorang guru.... (Edited from www.tehmaluri.blogspot.com)

Friday, October 21, 2011

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4

Semoga berjaya saya ucapkan kepada murid-murid Tingkata 4 yang sedang menduduki Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2011. Semoga, segala usaha yang telah dilakukan dalam menuntut ilmu dapat membantu anda dalam menjawab soalan-soalan yang telah disediakan. Peperiksaan bukan untuk menyusahkah murid, tetapi sebagai salah satu kaedah pembelajaran... GOOD LUCK!

Tuesday, August 16, 2011

Majlis Persaraan Puan Nane

12 Ogos 2011

Majilis persaraan telah diadakan di foyer SMK Taman Maluri. Majlis ini turut dihadiri oleh YDP Pengerusi PIBG. Beberapa persembahan telah disusun untuk tatapan orang yang dirai iaitu Puan Nane binti Othman. Majlis diakhiri dengan lambaian selamat tinggal oleh Puan Nane sambil menaiki kereta MPV.

Tuesday, July 5, 2011

Ceramah Israk Mikraj

1 Julai 2011

Bersempena dengan hari Israk dan Mikraj, SMK Taman Maluri telah mengadakan ceramah khas yang telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam... Terdapat beberapa pengajaran yang boleh diambil daripada ceramah tersebut.. Antaranya ialah menghormati ibubapa, guru dan orang lain. Berikut adalah gambar-gambar yang telah diambil semasa hari tersebut.



HARI USAHAWAN 2011

22 Jun 2011

Hari Usahawan pada tahun ini sedikit berbeza dengan tahun lepas. Pada kali ini, Hari Usahawan lebih meriah kerana para pelajar diberi peluang untuk bermain beberapa aktiviti sukan seperti futsal, bola tampar, bola keranjang dan sebagainya. Berikut adalah beberapa gambar sempena Hari Usahawan 2011



Thursday, May 5, 2011

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

6 Mei 2011 -  16 Mei 2011
Peperiksaan datang lagi....!

Disini saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat berjaya kepada pelajar sekalian. Peperiksaan adalah saat yang amat ditunggu oleh sesetengah guru dan pelajar bagi menguji pencapaian pelajar tentang apa yang telah mereka pelajari di sekolah...

Good Luck!

Friday, April 29, 2011

Minggu Kerjaya

Tarikh : 25 April 2011 - 29 April 2011



Pertandingan Bola Sepak B-18 peringkat Zon Pudu

Tarikh : 26 April 2011
SMK Taman Maluri   vs   SMK Seri Bintang Utara
           ( 0 )                                    ( 1 )
SMK Taman maluri   vs   SMK Coachrain
           ( 2 )                                    ( 1 )
Tarikh : 27 April 2011
SMK Taman Maluri   vs   SM Agama WP
           ( 3 )                                   ( 0 )
SMK Taman maluri   vs   SMK Yacob Latip
           ( 2 )                                    ( 0 )
 Tarikh : 28 April 2011
SMK Taman Maluri   vs   SMK Seri Tasik
           ( 0 )                                   ( 0 )
                          ( suku akhir )

SMK Taman maluri   vs   SMK Permaisuri
           ( 0 )                                    ( 1 )


FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH (MENENGAH) PERINGKAT ZON PUDU WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2011

TARIKH : 21 APRIL 2011 (Khamis)
MASA : 7.00 pagi
TEMPAT : Foyer SMK Taman Maluri



Friday, April 8, 2011

Minggu peradaban warga sekolah....




7 Mac 2011, Isnin - Adab merupakan salah satu dari perkara yang penting yang perlu ada pada diri manusia. Boleh dikatakan, majoriti sesuatu perbuatan memerlukan adab. Contohnya beradab dengan ibubapa, beradab dengan anak, beradab dengan guru, beradab dengan pelajar dan banyak lagi. Ia bukanlah bertujuan untuk mengekang sesuatu perbuatan manusia, tapi untuk memurnikan peradaban manusia
             Disebabkan itu, pihak sekolah telah mengadakan minggu peradaban warga sekolah. Antara adab yang ditekankan pada minggu peradaban kali ini adalah dengan memberikan senyuman antara satu sama lain.

Thursday, March 24, 2011

Suasana Keputusan SPM 2010



23 Mac 2011(Rabu) - Tahniah diucapkan kepada Muhammad Adib Azeef, Clearance dan Looi Kah Thong kerana telah dipilih sebagai pelajar terbaik SPM 2010 dengan mendapat 9A. Pada tahun ini, keputusan SPM adalah meningkat dengan peratusan lulus yang tinggi bagi beberapa mata pelajaran. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya dalam SPM 2010 baru-baru ini. Guru-guru hanya mampu mendoakan kejayaan anda untuk hari yang mendatang. Teruskanlah perjuangan anda dalam menuntut ilmu.

“ sesiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, Allah jadikan dia pandai
urusan agamanya” riwayat Bukhari

Adalah diharapkan agar, pelajar-pelajar yang akan menduduki SPM nanti dapat mengikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya.

Wednesday, March 9, 2011

Rentas Desa 2011

Tarikh : 5 March 2011

Masa : 7.30 am - 2.00 pm


   Pelajar-pelajar mula berkumpul pada pukul 7.30 pagi di gelanggang bola keranjang. Pada masa yang sama, guru-guru yang terlibat melakukan beberapa persiapan terakhir bagi melancarkan program. Acara dimulakan dengan mengadakan senaman ringan bagi memanaskan badan dengan diiringi oleh alunan muzik.
   Pelajar mula dilepaskan lebih kurang pada pukul 9.00 pagi dan larian berakhir pada pukul 10.30 pagi. Syukur kerana program berjalan dengan lancar. Tahniah diucapkan kepada semua guru yang terlibat terutamanya guru-guru panitia PJK. Tidak lupa kepada pelajar-pelajar yang membantu guru khususnya Quarter Master. Jangan lupa minta merit dengan Cikgu Rozi. :)...


Friday, March 4, 2011

MAULIDURRASUL 2011 PERINGKAT SMK TAMAN MALURI

     Pada setiap tahun, SMK Taman Maluri akan menyambut Maulidurrasul. Pada tahun ini, tidak ada banyak masa yang diperuntukkan untuk membuat persiapan sempena Maulidurrasul di sekolah. Walaubagaimanapun, saya rasa cukup kagum dan terharu dengan usaha yang telah ditunjukkan oleh guru-guru dan pelajar yang telah berjaya untuk menjayakan program ini dengan sungguh baik. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Panitia Agama Islam kerana dapat merangka gerak kerja dalam masa yang singkat untuk memastikan program berjalan lancar. Antara yang bekerja keras adalah Ustaz Hafiz, Ustaz Adlan, Ustazah Nabihah dan ramai lagi yang guru-guru yang membantu. Hanya ungkapan syabas sahaja yang mampu diucapkan kepada mereka. Sebagai penghargaan kepada pelajar dan guru, saya telah menyiapkan video pendek sambutan Maulidurrasul 2011. Walaupun ia tidak seberapa, hanya inilah bantuan yang dapat diberikan dalam menjayakan program-program keagamaan di sekolah. Adalah diharapkan agar program-program seumpama ini dapat memberi manafaat kepada warga SMK Taman Maluri. InsyaAllah....


 

Wednesday, March 2, 2011

Suasana ketika ujian intervensi 1

Ujian Intervensi 1
     Tahniah diucapkan kepada pelajar SMK Taman Maluri atas kejayaan anda dalam ujian intervensi yang pertama ini. Kepada pelajar yang gagal, adalah diharapkan  supaya meneruskan usaha anda. Kegagalan bukan bererti tidak berjaya. Ramai tokoh-tokoh yang gagal sebelum mereka berjaya. Contohnya, kita tidak didedahkan dengan kegagalan demi kegagalan oleh para saintis yang tersohor seperti Albert Ainstein. Kita hanya dimaklumkan dengan kejayaannya sahaja.
     Saya masih ingat dengan kata-kata dari seorang bekas peninju negara yang bernama Sapok Biki yang berasal dari Sarawak. Beliau telah memenangi pingat emas di sukan Komanwel pada tahun 1998.
"Agi Hidup Agi Ngelaban, Selagi Hidup Selagi berjuang".
http://ligakampung.com/blog/siapa-sapok-biki/
      Bagaimana pula dengan tokoh-tokoh Islam? Adakah mereka seringkali berjaya dengan dakwah mereka? Bagaimana dengan perjuangan yang telah dihadapi oleh nabi kita Muhammad? Bagaimana Rasulullah menghadapi kaum penentang yang sangat kejam?
     Teruskanlah perjuangan anda, jangan berputus asa dengan kegagalan yang tidak seberapa ini. Kegagalan memberikan kita semangat untuk terus berusaha. Ibarat seekor kucing yang gagal menangkap haiwan buruannya. Kucing akan terus berusaha untuk mendapatkan makanan...

Saturday, February 19, 2011

KEM SOLAT TINGKATAN 1 2011

19 FEBRUARI 2011
Foyer SMK Taman Maluri

Guru-guru Panitia Pendidikan Agama Islam telah mengendalikan kem solat untuk pelajar tingkatan satu dengan jayanya. Program ini dibantu oleh beberapa orang guru serta fasilitator jemputan yang tidak kenal erti penat dalam membantu memantapkan lagi program yang mulia ini. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada mereka kerana sudah tiga kali mereka berkunjung ke SMKTM untuk membantu menjayakan beberapa program sekolah, hanya Allah sahaja yang dapat membalas bantuan mereka.
          Bilangan pelajar yang hadir adalah dalam lingkungan 80 orang, tahniah kepada mereka kerana telah terpilih dan berjaya hadir untuk menyertai program yang sangat ilmiah ini. Diharapkan agar ilmu yang diberikan dapat diamalkan sebaik mungkin.

Solat merupakan rukun Islam yang kedua.

Friday, February 18, 2011

Intervensi 1

Pada 14 Feb, pelajar SMKTM sedang berjuang dalam ujian intervensi yang pertama. Semoga berjaya diucapkan kepada pelajar sekalian. Ingatlah, ujian itu bukan semata-mata untuk menunjukkan gred anda, tapi ia bertujuan untuk memantapkan pembelajaran anda. Dengan adanya ujian seperti ini, pelajar belajar secara tak langsung (tidak berpusatkan guru). Janganlah dijadikan ujian sebagai batu pengukur kepada kehebatan seseorang pelajar. Semua manusia diciptakan dengan kehebatan mereka sendiri. Sekolah bukan hanya menjadi tempat untuk seseorang murid mendapat sebanyak mungkin A. Tapi sekolah merupakan tempat untuk membina kehidupan. Di sekolah kita belajar erti persahabatan. Di sekolah kita belajar menghormati ibubapa, guru, kawan, dan lain-lain. Di sekolah kita belajar mendisiplinkan diri. Di sekolah kita belajar pelbagai perkara. Warga sekolah mendoakan agar para pelajar dapat menerima ilmu yang berguna dan dapat memberi manafaat kepada mereka kelak.

Saturday, January 15, 2011

Minggu ke-2

1. Perjumpaan pertama kokurikulum.
2. Perasmian Program Titian Kasih (Kelas Elit)
3. Pelantikan ketua dan penolong tingkatan
4. Anugerah kecemerlangan PMR 2010

Minggu pertama

1. Pendaftaran kokurikulum untuk semua pelajar SMKTM.
2. Perasmian program merit dan demerit kepada pelajar SMKTM.
3. Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) untuk guru