Saturday, February 19, 2011

KEM SOLAT TINGKATAN 1 2011

19 FEBRUARI 2011
Foyer SMK Taman Maluri

Guru-guru Panitia Pendidikan Agama Islam telah mengendalikan kem solat untuk pelajar tingkatan satu dengan jayanya. Program ini dibantu oleh beberapa orang guru serta fasilitator jemputan yang tidak kenal erti penat dalam membantu memantapkan lagi program yang mulia ini. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada mereka kerana sudah tiga kali mereka berkunjung ke SMKTM untuk membantu menjayakan beberapa program sekolah, hanya Allah sahaja yang dapat membalas bantuan mereka.
          Bilangan pelajar yang hadir adalah dalam lingkungan 80 orang, tahniah kepada mereka kerana telah terpilih dan berjaya hadir untuk menyertai program yang sangat ilmiah ini. Diharapkan agar ilmu yang diberikan dapat diamalkan sebaik mungkin.

Solat merupakan rukun Islam yang kedua.

Friday, February 18, 2011

Intervensi 1

Pada 14 Feb, pelajar SMKTM sedang berjuang dalam ujian intervensi yang pertama. Semoga berjaya diucapkan kepada pelajar sekalian. Ingatlah, ujian itu bukan semata-mata untuk menunjukkan gred anda, tapi ia bertujuan untuk memantapkan pembelajaran anda. Dengan adanya ujian seperti ini, pelajar belajar secara tak langsung (tidak berpusatkan guru). Janganlah dijadikan ujian sebagai batu pengukur kepada kehebatan seseorang pelajar. Semua manusia diciptakan dengan kehebatan mereka sendiri. Sekolah bukan hanya menjadi tempat untuk seseorang murid mendapat sebanyak mungkin A. Tapi sekolah merupakan tempat untuk membina kehidupan. Di sekolah kita belajar erti persahabatan. Di sekolah kita belajar menghormati ibubapa, guru, kawan, dan lain-lain. Di sekolah kita belajar mendisiplinkan diri. Di sekolah kita belajar pelbagai perkara. Warga sekolah mendoakan agar para pelajar dapat menerima ilmu yang berguna dan dapat memberi manafaat kepada mereka kelak.