Thursday, March 24, 2011

Suasana Keputusan SPM 2010



23 Mac 2011(Rabu) - Tahniah diucapkan kepada Muhammad Adib Azeef, Clearance dan Looi Kah Thong kerana telah dipilih sebagai pelajar terbaik SPM 2010 dengan mendapat 9A. Pada tahun ini, keputusan SPM adalah meningkat dengan peratusan lulus yang tinggi bagi beberapa mata pelajaran. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya dalam SPM 2010 baru-baru ini. Guru-guru hanya mampu mendoakan kejayaan anda untuk hari yang mendatang. Teruskanlah perjuangan anda dalam menuntut ilmu.

“ sesiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, Allah jadikan dia pandai
urusan agamanya” riwayat Bukhari

Adalah diharapkan agar, pelajar-pelajar yang akan menduduki SPM nanti dapat mengikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya.

Wednesday, March 9, 2011

Rentas Desa 2011

Tarikh : 5 March 2011

Masa : 7.30 am - 2.00 pm


   Pelajar-pelajar mula berkumpul pada pukul 7.30 pagi di gelanggang bola keranjang. Pada masa yang sama, guru-guru yang terlibat melakukan beberapa persiapan terakhir bagi melancarkan program. Acara dimulakan dengan mengadakan senaman ringan bagi memanaskan badan dengan diiringi oleh alunan muzik.
   Pelajar mula dilepaskan lebih kurang pada pukul 9.00 pagi dan larian berakhir pada pukul 10.30 pagi. Syukur kerana program berjalan dengan lancar. Tahniah diucapkan kepada semua guru yang terlibat terutamanya guru-guru panitia PJK. Tidak lupa kepada pelajar-pelajar yang membantu guru khususnya Quarter Master. Jangan lupa minta merit dengan Cikgu Rozi. :)...


Friday, March 4, 2011

MAULIDURRASUL 2011 PERINGKAT SMK TAMAN MALURI

     Pada setiap tahun, SMK Taman Maluri akan menyambut Maulidurrasul. Pada tahun ini, tidak ada banyak masa yang diperuntukkan untuk membuat persiapan sempena Maulidurrasul di sekolah. Walaubagaimanapun, saya rasa cukup kagum dan terharu dengan usaha yang telah ditunjukkan oleh guru-guru dan pelajar yang telah berjaya untuk menjayakan program ini dengan sungguh baik. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Panitia Agama Islam kerana dapat merangka gerak kerja dalam masa yang singkat untuk memastikan program berjalan lancar. Antara yang bekerja keras adalah Ustaz Hafiz, Ustaz Adlan, Ustazah Nabihah dan ramai lagi yang guru-guru yang membantu. Hanya ungkapan syabas sahaja yang mampu diucapkan kepada mereka. Sebagai penghargaan kepada pelajar dan guru, saya telah menyiapkan video pendek sambutan Maulidurrasul 2011. Walaupun ia tidak seberapa, hanya inilah bantuan yang dapat diberikan dalam menjayakan program-program keagamaan di sekolah. Adalah diharapkan agar program-program seumpama ini dapat memberi manafaat kepada warga SMK Taman Maluri. InsyaAllah....


 

Wednesday, March 2, 2011

Suasana ketika ujian intervensi 1

Ujian Intervensi 1
     Tahniah diucapkan kepada pelajar SMK Taman Maluri atas kejayaan anda dalam ujian intervensi yang pertama ini. Kepada pelajar yang gagal, adalah diharapkan  supaya meneruskan usaha anda. Kegagalan bukan bererti tidak berjaya. Ramai tokoh-tokoh yang gagal sebelum mereka berjaya. Contohnya, kita tidak didedahkan dengan kegagalan demi kegagalan oleh para saintis yang tersohor seperti Albert Ainstein. Kita hanya dimaklumkan dengan kejayaannya sahaja.
     Saya masih ingat dengan kata-kata dari seorang bekas peninju negara yang bernama Sapok Biki yang berasal dari Sarawak. Beliau telah memenangi pingat emas di sukan Komanwel pada tahun 1998.
"Agi Hidup Agi Ngelaban, Selagi Hidup Selagi berjuang".
http://ligakampung.com/blog/siapa-sapok-biki/
      Bagaimana pula dengan tokoh-tokoh Islam? Adakah mereka seringkali berjaya dengan dakwah mereka? Bagaimana dengan perjuangan yang telah dihadapi oleh nabi kita Muhammad? Bagaimana Rasulullah menghadapi kaum penentang yang sangat kejam?
     Teruskanlah perjuangan anda, jangan berputus asa dengan kegagalan yang tidak seberapa ini. Kegagalan memberikan kita semangat untuk terus berusaha. Ibarat seekor kucing yang gagal menangkap haiwan buruannya. Kucing akan terus berusaha untuk mendapatkan makanan...