Friday, February 18, 2011

Intervensi 1

Pada 14 Feb, pelajar SMKTM sedang berjuang dalam ujian intervensi yang pertama. Semoga berjaya diucapkan kepada pelajar sekalian. Ingatlah, ujian itu bukan semata-mata untuk menunjukkan gred anda, tapi ia bertujuan untuk memantapkan pembelajaran anda. Dengan adanya ujian seperti ini, pelajar belajar secara tak langsung (tidak berpusatkan guru). Janganlah dijadikan ujian sebagai batu pengukur kepada kehebatan seseorang pelajar. Semua manusia diciptakan dengan kehebatan mereka sendiri. Sekolah bukan hanya menjadi tempat untuk seseorang murid mendapat sebanyak mungkin A. Tapi sekolah merupakan tempat untuk membina kehidupan. Di sekolah kita belajar erti persahabatan. Di sekolah kita belajar menghormati ibubapa, guru, kawan, dan lain-lain. Di sekolah kita belajar mendisiplinkan diri. Di sekolah kita belajar pelbagai perkara. Warga sekolah mendoakan agar para pelajar dapat menerima ilmu yang berguna dan dapat memberi manafaat kepada mereka kelak.

No comments:

Post a Comment