Thursday, January 5, 2012

Sesi persekolahan kembali.....

Selamat datang ke SMK Taman Maluri diucapkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 dan tingkatan peralihan. Setelah selesai menduduki UPSR semasa di sekolah rendah, kini tiba giliran SMK Taman Maluri menjadi destinasi seterusnya dalam membina peribadi insan yang mampu memberi bakti kepada masyarakat dan negara.
Tidak lupa juga kepada pelajar-pelajar lain, selamat kembali diucapkan kepada anda. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara yang positif yang anda lakukan. Kami guru-guru akan akan cuba sedaya upaya kami untuk membantu anda dalam membangunkan pendidikan kebangsaan.

No comments:

Post a Comment